Ahad, 10 Julai 2016

PETUA MENGUBATI PENYAKIT LELAH

Penyakit lelah boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak.

Dulu-dulu orang sebut penyakit semput tapi sekarang nie ia lebih dikenali sebagai penyakit asma @ asthma.

Tak kiralah apa istilah, gelaran atau ejaan yang digunakan yang pastinya penyakit nie berkaitan dengan saluran pernafasan dan membuatkan penghidapnya mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.

Statistik tentang penyakit asma atau lelah  Dianggarkan bahawa lebih kurang 80% kanak- kanak dan 50% orang dewasa   menghidapi penyakit ini.

80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau penyakit lelah tu hilang terus bila umur mereka 5 tahun.

Namun ada juga kanak-kanak terutama yang menghidap asma tahap sederhana yang hanya sembuh apabila usia mencecah lingkungan 12 -13 tahun.