Isnin, 25 November 2019
Jumaat, 10 Ogos 2018
KHASIAT POKOK/BUAH MULBERRY
KHASIAT POKOK/BUAH MULBERRY
KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu.
Tanaman dengan daun PENGHASIL KLOROFIL
ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun
ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak
petani yang mula menanam tanaman ini.
MULBERRY adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan
sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari
100m dari permukaan laut.
MULBERRY memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap
negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei,
di inggris disebut MULBERRY dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.
Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung
beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin,
moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta
hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol,
butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a,
b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam
formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.
KHASIAT BUAT MULBERRY
KHASIAT BUAT MULBERRY
Daun MULBERRY ini adalah ideal untuk membantu
mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
1. Penawar dan mencegah penyakit KENCING MANIS (DIABETES)
2. Mengawal serta MENGURANGKAN KOLESTEROL dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
4. Membantu MENGELAKKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
5. Membantu dalam KEHILANGAN BERAT BADAN
6. Mengurangkan keadaan ASMA YANG TERUK
7. Melambatkan PROSES PENUAAN DAN MEREMAJAKAN KEKUATAN ANDA
8. Mengurangkan risiko KERAPUHAN TULANG kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. MEREDAKAN
BATUK, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan KESAKITAN KETIKA DATANG HAID
11. MEMBANTU
PERJALANAN HAID yang tidak teratur
12. MENAMBAHKAN
TENAGA
13. *MENINGKATKAN PRODUKSI SUSU BADAN*
14. Membantu mengurangkan MIGRAINE, SUKAR TIDUR MALAM (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi
vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan
risiko PENYAKIT KANSER (antioksidan)
Banyak betul khasiat MULBERRY ni rupanya kan? tapi
kalau aku sendiri memang suka sangat buah MULBERRY ni.. biasanya kami suka
petik dan makan gitu je.. rasanya macam makan buah jambu air yang kecik-kecik
saiznya tu.. rasa masam-masam manis.. anak-anak pun suka sangat... sedap!
dan biasanya kami dapat makan cuma bila balik
kampung je la... pernah jugak dulu nak tanam dekat rumah kami tapi bape kali
asyik la tak hidup.. ntah apa silapnya.. tapi nak cuba jugak tanam lain kali
ni.. cukup la buat makan aku, shah dengan anak-anak je.. nak beli macam tak
berapa ada orang jual je aku tengok..
KHASIAT MULBERRY UNTUK KECANTIKAN –
MULBERRY adalah
sejenis buah dalam keluarga berry. Buah ini sangat bagus untuk kesihatan,
terutama kesihatan kulit karena MULBERRY banyak mengandung vitamin C,
kalsium, zat besi, riboflavin, kalium, dan magnesium. Resveratrol adalah salah
satu aset kesihatan terbesar yang terkandung dari buah MULBERRY, yang merupakan
antioksidan yang sangat bagus untuk kesihatan jantung. MULBERRY adalah buah
yang banyak terdapat di belahan Asia. Buah ini banyak digunakan sebagai
obat untuk cacing pita, arthritis, insomnia, dan kurap.
MULBERRY memiliki rendah kalori, dengan hanya 43 kalori per 100 gram
sehingga sangat bagus untuk menu diet Anda. Selain itu MULBERRY memiliki
kandungan senyawa phyto-nutrisi, seperti mineral, vitamin, dan antioksidan
polifenol pigmen yang sangat penting untuk kesihatan Anda. MULBERRY mengandung
jumlah tinggi flavonoid phytochemical fenolik yang disebut anthocyanin.
Dari beberapa studi telah
menunjukan bahwa MULBERRY memiliki efek yang sangat bagus untuk
menghambat PENUAAN, PERADANGAN, PENYAKIT SARAF, KANKER, INFEKSI BAKTERI, DAN
DIABETES. MULBERRY adalah sumber vitamin C, yang juga
merupakan antioksidan alami . Mengkonsumsi MULBERRY dengan rutin dan teratur
dalap membantu Anda untuk melawan peradangan counter, agen infeksi, dan
mengikat radikal bebas berbahaya.
MANFAAT BUAH MULBERRY UNTUK
KECANTIKAN
* MULBERRY Mengandung vitamin C yang
sangat baik untuk kulit
* Membersihkan polusi pada tubuh
* Membuat kulit tampak lebih cerah
* MULBERRY mengandung anthocyanin, jenis antioksidan yang lebih kuat daripada antioksidan
dalam buah lainnya. Antioksidan ini dapat melindungi kulit dari efek radikal
bebas dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.
Antioksidan dalam MULBERRY dapat menghapus bintik-bintik gelap di wajah. Inilah tadi KHASIAT BUAH MULBERRY UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN semoga bisa memberikan Anda informasi
Ahad, 3 Jun 2018
Rabu, 30 Mei 2018
Khamis, 3 Mei 2018
SAYA BUKAN 'PENJUAL AGAMA'...
PENGGUNAAN PISTOL MAINAN ini hanya kaedah perubatan dan tidak
bertentangan dengan ajaran Islam, malah saya menggunakan ayat al-Quran
sepanjang melakukan rawatan,” kata Ustaz Mohd Raffi Harun, 54.
Video
perubatan yang diamalkan Mohd Raffi, sebelum ini mengejutkan masyarakat apabila
menggunakan pistol mainan dalam perubatan sehingga menjadi tular di media
sosial.
Difahamkan,
video itu sudah DITONTON LEBIH DUA JUTA DAN DIKONGSI 14,000 KALI DI
FACEBOOK sekali gus meraih pelbagai pandangan dan kritikan netizen.
Mohd Raffi dari Kampung Losong
Tangki Air, Kuala Terengganu, berkata dia menjalankan kaedah perubatan
tradisional sejak
berusia lapan tahun di Batu Pahat, Johor dan sentiasa berubah-ubah
kepada kaedah lebih berkesan.
“Pada
peringkat awal dulu, saya menggunakan kaedah bacaan pada air, kemudian beralih
kepada penggunaan kain putih dan kaedah contengan pada buku menggunakan empat
pen berlainan warna beberapa tahun selepas itu.
“Terbaru
selepas sembuh daripada sakit selama setahun empat bulan pada 2014 sehingga
mengalami kemurungan teruk, saya memperolehi ilham yang diberikan Allah untuk
menjalani rawatan tradisional itu menggunakan pancaran cahaya laser.
“Memandangkan
kos untuk membeli peralatan laser agak tinggi, saya tiada pilihan selain
menggunakan pistol mainan kerana itu sahaja pilihan yang ada, malah tidak
pernah terfikir penggunaan pistol mainan akan menjadi isu dan menerima kritikan
teruk daripada masyarakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya,
sehingga kini dia sudah merawat lebih 4,000 pesakit termasuk yang direkodkan
seramai 3,469 pesakit dari seluruh negara termasuk Indonesia, Singapura dan
China.
“Saya akui
video perubatan yang ditular ini dimuat naik sendiri oleh saya dan beberapa
anak murid di laman sesawang milik kami di Internet dengan persetujuan pesakit
dengan harapan untuk menghebahkan kaedah perubatan itu kepada umum.
“Saya
terdorong untuk berbuat demikian kerana berang dengan sikap segelintir pengamal
perubatan melabelkan diri mereka sebagai ustaz, tetapi bebas menyentuh pesakit
wanita termasuk meraba dan mengambil kesempatan terhadap pesakit,” katanya.
Menurutnya,
kaedah perubatan yang diamalkannya memberi pilihan kepada masyarakat terutama
wanita untuk menjalani rawatan tanpa sebarang sentuhan atau perbuatan yang
menjurus ke arah tidak baik.
“Saya
terkilan dengan tuduhan segelintir pihak yang melabel saya sebagai ‘penjual
agama’ untuk kepentingan diri, malah ada netizen yang tergamak menghina cara
saya berpakaian termasuk pemakaian kopiah itu.
“Saya
tidak pernah memaksa pesakit untuk datang berubat dan paling penting saya tidak
pernah menetapkan sebarang bentuk upah atau harga tertentu yang perlu mereka
bayar selepas menjalani rawatan.
“Jika saya
terlalu mengutamakan wang ringgit atau upah, saya pasti menetapkan harga untuk
setiap rawatan, malah pernah menerima upah 80 sen daripada seorang pesakit,
namun tidak membuatkan saya berhenti daripada meneruskan amalan perubatan itu,”
katanya.
Sementara
itu, Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah Ustaz Ahmad Ridhwan Md Radzi berkata,
kaedah perubatan yang digunakan Mohd Raffi tidak bertentangan dengan ajaran
Islam kerana setiap orang mempunyai kaedah rawatan masing-masing.
“Bagaimanapun, penting untuk kita
pastikan amalan perubatan yang diamalkan serta dikaitkan dengan Islam itu perlu
bersandarkan kepada al-Quran dan hadis supaya ia tidak menimbulkan sebarang
fitnah di kalangan masyarakat,” katanya.
Sumber: KLIK DISINI
Langgan:
Catatan (Atom)

