Ahad, 17 April 2016

Imam Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Muhammad Ayyub Meninggal Dunia

IMAM Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Muhammad Ayyub yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia pada 12.26 tengah hari semalam (16 April), bersamaan pukul 6.26 pagi waktu di Madinah.

Menerusi catatan rasmi akaun Twitter milik Allahyarham, @DR_MAyoub,  Sheikh Dr. Muhammad Ayyud, 65, disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi, Madinah.
Lautan umat manusia yang berada di Kota Madinah membanjiri kawasan masjid Nabawi sebaik sahaja selesai solat subuh bagi memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Portal islamik Indonesia, Hidayatullah.com melaporkan Dr Muhammad Ayyub sebelum ini pernah menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 sebelum berhenti dan kembali menggalas tanggungjawab itu tahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan, belum ada butiran lanjut mengenai punca kematian beliau.
Beliau yang lahir di Mekah, Arab Saudi, adalah juga Pensyarah dalam bidang Tafsir Quran di Universiti Islam Madinah.-MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan