Memaparkan catatan dengan label Rahsia Kunyit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia Kunyit. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2016

KHASIAT KUNYIT

Pokok kunyit

Nama Botani : Curcuma domestica
Nama Lain: Kurkum (Arab), jiang huang, yu jin(China), Indian Saffron, kunir(Indonesia), kondin, temu kuning, ukon.  Famili: Zingerberaceae

Pengenalan

Kunyit adalah tumbuhan herba yang menjadi antara bahan utama dalam masakan masyarakat Asia dan kunyit telah digunakan sejak turun temurun lagi. Kunyit hidup subur dikawasan lapang dan terdedah kepada cahaya matahari. 

Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing dihujung, berbau harum serta mempunyai tangkai yang panjang. 

Pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang terdapat di celah-celah daun muda.Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.

Kegunaan

Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. 

Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung. Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, dan depilatori.

Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.

Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning, cirit-birit, meningkatkan selera makan, mengubat sakit perut, sembelit, kencing berdarah, radang ginjal dan menyegarkan badan. 

Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus, campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.