Jumaat, 10 Ogos 2018

KHASIAT POKOK/BUAH MULBERRY


KHASIAT POKOK/BUAH MULBERRY

KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu.

Tanaman dengan daun PENGHASIL KLOROFIL ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak petani yang mula menanam tanaman ini.

MULBERRY adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.

MULBERRY memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut MULBERRY dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

KHASIAT BUAT MULBERRY

Daun MULBERRY ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit KENCING MANIS (DIABETES)

2. Mengawal serta MENGURANGKAN KOLESTEROL dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI

4. Membantu MENGELAKKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

5. Membantu dalam KEHILANGAN BERAT BADAN

6. Mengurangkan keadaan ASMA YANG TERUK

7. Melambatkan PROSES PENUAAN DAN MEREMAJAKAN KEKUATAN ANDA

8. Mengurangkan risiko KERAPUHAN TULANG kerana kandungan kalsium yang tinggi

9. MEREDAKAN BATUK, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan KESAKITAN KETIKA DATANG HAID

11. MEMBANTU PERJALANAN HAID yang tidak teratur

12. MENAMBAHKAN TENAGA

13. *MENINGKATKAN PRODUKSI SUSU BADAN*

14. Membantu mengurangkan MIGRAINE, SUKAR TIDUR MALAM (insomnia) dan hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko PENYAKIT KANSER (antioksidan)
Banyak betul khasiat MULBERRY ni rupanya kan? tapi kalau aku sendiri memang suka sangat buah MULBERRY ni.. biasanya kami suka petik dan makan gitu je.. rasanya macam makan buah jambu air yang kecik-kecik saiznya tu.. rasa masam-masam manis.. anak-anak pun suka sangat... sedap!

dan biasanya kami dapat makan cuma bila balik kampung je la... pernah jugak dulu nak tanam dekat rumah kami tapi bape kali asyik la tak hidup.. ntah apa silapnya.. tapi nak cuba jugak tanam lain kali ni.. cukup la buat makan aku, shah dengan anak-anak je.. nak beli macam tak berapa ada orang jual je aku tengok..

KHASIAT MULBERRY UNTUK KECANTIKAN – 

MULBERRY adalah sejenis buah dalam keluarga berry. Buah ini sangat bagus untuk kesihatan, terutama kesihatan kulit karena MULBERRY banyak mengandung vitamin C, kalsium, zat besi, riboflavin, kalium, dan magnesium. Resveratrol adalah salah satu aset kesihatan terbesar yang terkandung dari buah MULBERRY, yang merupakan antioksidan yang sangat bagus untuk kesihatan jantung. MULBERRY adalah buah yang banyak terdapat di belahan Asia. Buah ini banyak digunakan sebagai obat untuk cacing pita, arthritis, insomnia, dan kurap.
 
MULBERRY memiliki rendah kalori, dengan hanya 43 kalori per 100 gram sehingga sangat bagus untuk menu diet Anda. Selain itu MULBERRY memiliki kandungan senyawa phyto-nutrisi, seperti mineral, vitamin, dan antioksidan polifenol pigmen yang sangat penting untuk kesihatan Anda. MULBERRY mengandung jumlah tinggi flavonoid phytochemical fenolik yang disebut anthocyanin.
Dari beberapa studi telah menunjukan  bahwa MULBERRY memiliki efek yang sangat bagus untuk menghambat PENUAAN, PERADANGAN, PENYAKIT SARAF, KANKER, INFEKSI BAKTERI, DAN DIABETES. MULBERRY adalah sumber vitamin C, yang juga merupakan antioksidan alami . Mengkonsumsi MULBERRY dengan rutin dan teratur dalap membantu Anda untuk melawan peradangan counter, agen infeksi, dan mengikat radikal bebas berbahaya.
 

MANFAAT BUAH MULBERRY UNTUK KECANTIKAN

* MULBERRY Mengandung vitamin C yang sangat baik untuk kulit
* Membersihkan polusi pada tubuh
* Membuat kulit tampak lebih cerah
* MULBERRY mengandung anthocyanin, jenis antioksidan yang lebih kuat daripada antioksidan dalam buah lainnya. Antioksidan ini dapat melindungi kulit dari efek radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.


Antioksidan dalam MULBERRY dapat menghapus bintik-bintik gelap di wajah.  Inilah tadi 
KHASIAT BUAH MULBERRY UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN semoga bisa memberikan Anda informasi


Khamis, 3 Mei 2018

SAYA BUKAN 'PENJUAL AGAMA'...


PENGGUNAAN PISTOL MAINAN ini hanya kaedah perubatan dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah saya menggunakan ayat al-Quran sepanjang melakukan rawatan,” kata Ustaz Mohd Raffi Harun, 54.
Video perubatan yang diamalkan Mohd Raffi, sebelum ini mengejutkan masyarakat apabila menggunakan pistol mainan dalam perubatan sehingga menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, video itu sudah DITONTON LEBIH DUA JUTA DAN DIKONGSI 14,000 KALI DI FACEBOOK sekali gus meraih pelbagai pandangan dan kritikan netizen.
Mohd Raffi dari Kampung Losong Tangki Air, Kuala Terengganu, berkata dia menjalankan kaedah perubatan tradisional sejak berusia lapan tahun di Batu Pahat, Johor dan sentiasa berubah-ubah kepada kaedah lebih berkesan.
“Pada peringkat awal dulu, saya menggunakan kaedah bacaan pada air, kemudian beralih kepada penggunaan kain putih dan kaedah contengan pada buku menggunakan empat pen berlainan warna beberapa tahun selepas itu.
“Terbaru selepas sembuh daripada sakit selama setahun empat bulan pada 2014 sehingga mengalami kemurungan teruk, saya memperolehi ilham yang diberikan Allah untuk menjalani rawatan tradisional itu menggunakan pancaran cahaya laser.
“Memandangkan kos untuk membeli peralatan laser agak tinggi, saya tiada pilihan selain menggunakan pistol mainan kerana itu sahaja pilihan yang ada, malah tidak pernah terfikir penggunaan pistol mainan akan menjadi isu dan menerima kritikan teruk daripada masyarakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, sehingga kini dia sudah merawat lebih 4,000 pesakit termasuk yang direkodkan seramai 3,469 pesakit dari seluruh negara termasuk Indonesia, Singapura dan China.
“Saya akui video perubatan yang ditular ini dimuat naik sendiri oleh saya dan beberapa anak murid di laman sesawang milik kami di Internet dengan persetujuan pesakit dengan harapan untuk menghebahkan kaedah perubatan itu kepada umum.
“Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana berang dengan sikap segelintir pengamal perubatan melabelkan diri mereka sebagai ustaz, tetapi bebas menyentuh pesakit wanita termasuk meraba dan mengambil kesempatan terhadap pesakit,” katanya.
Menurutnya, kaedah perubatan yang diamalkannya memberi pilihan kepada masyarakat terutama wanita untuk menjalani rawatan tanpa sebarang sentuhan atau perbuatan yang menjurus ke arah tidak baik.
“Saya terkilan dengan tuduhan segelintir pihak yang melabel saya sebagai ‘penjual agama’ untuk kepentingan diri, malah ada netizen yang tergamak menghina cara saya berpakaian termasuk pemakaian kopiah itu.
“Saya tidak pernah memaksa pesakit untuk datang berubat dan paling penting saya tidak pernah menetapkan sebarang bentuk upah atau harga tertentu yang perlu mereka bayar selepas menjalani rawatan.
“Jika saya terlalu mengutamakan wang ringgit atau upah, saya pasti menetapkan harga untuk setiap rawatan, malah pernah menerima upah 80 sen daripada seorang pesakit, namun tidak membuatkan saya berhenti daripada meneruskan amalan perubatan itu,” katanya.
Sementara itu, Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah Ustaz Ahmad Ridhwan Md Radzi berkata, kaedah perubatan yang digunakan Mohd Raffi tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana setiap orang mempunyai kaedah rawatan masing-masing.
“Bagaimanapun, penting untuk kita pastikan amalan perubatan yang diamalkan serta dikaitkan dengan Islam itu perlu bersandarkan kepada al-Quran dan hadis supaya ia tidak menimbulkan sebarang fitnah di kalangan masyarakat,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI