Ahad, 28 Februari 2016

ILMU PERUBATAN TRADISIONAL

ILMU PERUBATAN TRADISIONAL


Kesenangan paling penting bagi manusia ialah kegembiraan. Manakala kekayaan yang paling penting bagi manusia ialah kesihatan. Perubatan membawa maksud ubat. Ubat ialah benda yang digunakan untuk menyembuh kan dan menyihatkan badan daripada penyakit. Ubat boleh digunakan dengan pelbagai cara, misalnya dimakan atau disapu pada badan. Perubatan adalah salah satu cara dan cabang sains hayat bagi menyihatkan tubuh badan dan memanjangkan usia.

Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula pada  nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan, keadaan atau cara  telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan. Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati  daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat  hariini  kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional   masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan  dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme  dan saki baki  kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan  begitu kencang bertiup.


Perubatan tradional  masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Penyakit -penyakit seperti darah tinggi, lelah, lumpuh, patah tulang  dan  penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan  tradisional  jika dibandingkan dengan perubatan moden.

Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik, khasnya dalam mengubati tulang yang patah. Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden. Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin.

Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat. Manakala di kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-ubatan sinseh terkenal sejak zaman berzaman lagi. Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit  seperti darah tinggi, sakit lelah dan lumpuh. Tambahan pula rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan.
Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional. Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit yang berbahaya. Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab. Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS, penagihan dadah, kencing manis dan penyakit mental. Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Untuk penyakit hilang akal atau gila seumpamanya, terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.
Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional, bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden. Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional. Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan.

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden. Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden. Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden, kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan  oleh orang ramai. Contohnya kos sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser.

Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan  tradisional yang murah. Bayaran yang murah dalam perubatan tradisional boleh meringankan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengubah perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.

Kesimpulannya, kemajuan ilmu dan materialistik yang sudah kita capai kini, kita tidak seharusnya melupakan sistem perubatan tradisional. Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dalam kehidupan manusia. Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang. Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meningkatan mutu perubatan di negara kita ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan