IMAM Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Muhammad Ayyub yang
terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia pada 12.26 tengah hari semalam (16
April), bersamaan pukul 6.26 pagi waktu di Madinah.
Menerusi catatan rasmi akaun Twitter milik Allahyarham, @DR_MAyoub,
Sheikh Dr. Muhammad Ayyud, 65, disembahyangkan di Masjid Nabawi dan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi, Madinah.
Lautan umat manusia yang berada di Kota Madinah membanjiri
kawasan masjid Nabawi sebaik sahaja selesai solat subuh bagi memberikan
penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Portal islamik Indonesia, Hidayatullah.com melaporkan Dr Muhammad Ayyub sebelum
ini pernah menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 sebelum berhenti dan kembali
menggalas tanggungjawab itu tahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan, belum ada butiran
lanjut mengenai punca kematian beliau.
Beliau yang lahir di Mekah, Arab Saudi, adalah juga Pensyarah
dalam bidang Tafsir Quran di Universiti Islam Madinah.-MYNEWSHUB.CC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan